"Rahsia Seni Asmara, Terbongkar"

Terbitan Terbaru! Terbaik dalam kategorinya. E-buku ini membongkar beberapa rahsia dalam hubungan yang mungkin tidak diketahui oleh ramai pasangan yang telah berkahwin. Bertujuan suami isteri supaya mencapai kepuasan yang hebat...

Read More

Hantar Artikel atau Luahan

Pihak kami sangat mengalu-alukan anda menghantar artikel juga luahan perasaan anda kepada kami. Artikel dan luahan yang terpilih akan disiarkan dalam blog kami ini.

Read More

Tuesday, April 19, 2011

Angkara suami dayus,Isteri gagal kawal nafsu

KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.

Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.

LIZA, 28:

"HANYA Tuhan tahu betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.

Mungkin kerana perkahwinan kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak mendapat belaian suami.

Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal nafsu. Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan seks dengannya setiap kali bertemu.

Suami mula menjauhkan diri daripada saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di sekitar Johor Bahru, Johor. Saya sedar tindakan mengadakan hubungan bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu berlaku.

Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan sangat membenci saya. Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana. Saya sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.

Bagaimanapun, perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing. Selepas berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie, suami saya didakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga membuatkan dia membenci saya.

Saya insaf di atas dosa yang pernah dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga. Semuanya terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan."

SHIMA, 32:

"TIGA tahun digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki menampung hidup bersama dua anak.

Malah kerana gagal menahan gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman lelaki. Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu mengundang dosa.

Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya tidak boleh kerana masih terikat dengan suami. Kali terakhir saya mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain. Selepas puas mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.

Sebab itu, kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki. Dua anak saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima saya.Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya. Lagipun saya tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita mana sanggup diperlakukan seperti ini?

Jika masih gagal mengesannya, saya akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam. Mungkin mereka ada cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang dengan dosa."

ROZANA, 39:

"SUAMI saya ghaib sejak 2004. Mulanya saya mengakui sangat tertekan sehingga hampir gila, tetapi berkat doa dan sokongan berterusan daripada keluarga, sedikit demi sedikit saya bangkit meneruskan hidup. Siapa tidak tertekan apabila suami yang dicintai hilang begitu saja. Selama 20 tahun kami hidup bahagia dan intim, tetapi suami kemudian meninggalkan saya tanpa alasan serta punca.

Saya menderita zahir dan batin. Saya terpaksa bekerja keras menyara diri dan empat anak selain terlalu rindukan suami yang dulunya selalu berada di sisi. Suami keluar dari rumah pada Oktober 2004 untuk ke tempat kerja, tetapi selepas itu ghaib. Tiada perubahan ditunjukkan kerana kami sememangnya pasangan bahagia. Memang kami tidak hidup senang, tetapi saya rasa bukan itu alasan dia (suami) menghilangkan diri.

Nak kata dia ada perempuan lain, sepanjang hidup bersama saya, tidak pula dia menunjukkan kelakuan mencurigakan. Yang mampu saya lakukan hanya membuat laporan polis dan selama beberapa bulan saya bersama ahli keluarga lain cuba mencari suami tetapi tidak berjaya. Bukan saja saya, malah keluarga mentua dan rakan yang rapat dengannya tidak tahu di mana suami saya. Ketika itu saya tidak kuat menghadapi dugaan ini dan hanya mampu menangis.

Makan dan tidur tidak menentu. Anak pula saya biarkan bebas sampai ada kalanya mereka ponteng sekolah. Setahun saya seperti orang gila kerana kerap berkurung di bilik dan berkhayal. Mujur adik beradik saya membantu. Mereka tolong jaga anak saya dan cuba memulihkan saya. Mereka sentiasa beri semangat dan bawa saya berubat.

"Mereka juga sentiasa mengingatkan saya supaya banyak melakukan ibadat dan berdoa supaya dikuatkan semangat bagi menempuh dugaan yang terpaksa dilalui."

DIANA, 32:

"SAYA ditinggalkan suami hampir empat tahun. Saya akui sungguh menderita selepas suami menghilangkan diri sekitar 2007, tambahan pula saya terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil, masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Saya ditinggalkan suami ketika anak kedua berusia tidak sampai setahun dan ketika itu saya terpaksa meminta bantuan keluarga untuk menyara hidup. Bayangkan, bagaimana saya hendak menyara anak yang masih kecil itu seorang diri, saya pula tidak bekerja. Jalan mudah yang dapat saya fikirkan ketika itu adalah kembali ke pangkuan ibu bapa di kampung. Hidup saya jadi tidak keruan, apalagi memikirkan sampai bila saya perlu bergantung hidup dengan keluarga. Suami saya langsung tidak dapat dihubungi, hidup matinya saya tidak tahu.

Sebagai isteri yang pernah menerima kasih sayang seorang suami, saya akui perasaan sungguh tertekan apabila memikirkan tuntutan batin yang tidak dapat dipenuhi. Saya masih merindui suami walaupun ada kalanya sakit hati apabila memikirkan saya ditinggalkan tanpa khabar berita. Ada juga rakan pernah mengusik, bolehkah saya hidup tanpa sentuhan lelaki. Bagi saya, soal seks dan tuntutan batin bukan lagi satu keutamaan. Memang sebagai manusia biasa keinginan untuk dibelai lelaki itu sentiasa ada, tetapi apakan daya saya apabila dalam keadaan begini. Buat masa ini saya hanya memikirkan soal anak, mereka lebih memerlukan saya ketika ini."

Monday, April 18, 2011

Lapan Manfaat khusus Untuk Wanita Pentingnya Hubungan Intim Suami Isteri

Sesetengah orang atau masyarakat tertentu mengatakan ada 1001 sebab mengapa wanita harus bersedia untuk sering berhubungan intim bersama suami. Beberapa perkara positif dapat dikesan hasil daripada berhubungan intim ini, antaranya adalah dapat meningkatkan mood, mempengaruhi keindahan kulit dan penampilan lebih menarik selain kepuasan secara fisik.  Namun mengikut kajian daripada pakar-pakar  kecantikan,  ada 8 kebaikan [manfaat] yang diperoleh khusus untuk wanita [isteri] apabila melakukan hubungan intim berama suaminya. Manfaat yang dimaksudkan ialah ...

Membuat Wanita Lebih Cantik
Hal ini telah dibuktikan secara ilmiah bahawa ketika  berhubungan intim, wanita yang memiliki hormon estrogen harus diproduksi dalam jumlah besar kerana ia membantu menjadikan kulit mereka lebih halus dan rambut mereka berkilau.
Meningkatkan Kesihatan Kulit
Berhubungan intim secara lembut dan lambat dapat mengurangkan risiko terkena dermatitis, mengurangkan masalah ruam, dan noda pada kulit seperti jerawat. Peluh yang keluar ketika berhubungan seks juga dapat membersihkan pori-pori [pores] dan membuatkan  kulit lebih bersinar.

Menurunkan Berat Badan
Berhubungan intim adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Seks membakar kalori. Selain itu, seks membantu tubuh untuk menjadi lebih elastis dan fleksibel.

Seks adalah Senaman
Berhubungan intim adalah jenis senaman yang paling menyamankan. Aktiviti ini dapat meregangkan hampir setiap otot tubuh anda. Selain keselamatan, seks adalah juga salah satu senaman yang paling menyenangkan.

Mengubati Depresi [Kemurungan]
Hubungan intim suami isteri adalah cara yang paling efektif mengubati kemurungan yang mendalam dan berkepanjangan. Selama seks, darah diperkaya dengan endorfin, hormon suka cita, sehingga membawa rasa sangat ceria. Anda akan merasakan hampir semua masalah dalam hidup ini tidak separah seperti yang anda bayangkan.

Membuat Wanita Lebih Menarik
Tubuh yang aktif secara seksual menghasilkan sejumlah besar zat yang disebut feromon [pheromones]. Semakin banyak dan lama anda berhubungan seks, aura dan kecantikan dari dalam tubuh anda semakin terserlah.

Menyembuhkan Sakit Kepala
Seks menyembuhkan sakit kepala. Hubungan seksual bertindak mengurangkan ketegangan akibat pengembangan  pembuluh darah pada otak.

Seks sebagai Sedatif
Seks adalah ubat yg amat berkesan dan terbaik di dunia untuk menenangkan saraf dan melegakan ketegangan . Berhubungan intim adalah 10 kali lebih kuat sebagai ubat penenteram

Tuesday, April 12, 2011

PETUA AGAR ISTERI SENTIASA DARA

1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Thursday, April 7, 2011

Wahai Suami, Dengarlah Luahan Hati Isterimu..!!

Dipetik dari blog http://pencacai-semalaysia.blogspot.com

Ingatlah para suami bahawa… 

Isteri dan anak-anak itu adalah amanah ALLAH s.w.t kepada kamu…jadi Sayangi mereka sentiasa kerana kasih sayang yang abadi menjamin kebahagiaan... 

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.
4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan. 
6. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!
7. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
8. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
9. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?
10. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak ngurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
11. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.
12. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jangan berkata yang tidak sedap di dengar seperti 'si tua','si gemuk''si anu'.Panggil nama manja & berkata kata manja seperti semasa berkasih di bawah lampu minyak tanah.
13. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Bersihkan diri selalu. Jaga kebersihan. Susah sangat ke?
14. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
15. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
16. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Fikirkan jika isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?
17. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.
18. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
19. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
20. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. ! 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Panduan yang sangat bermanfaat kepada mana-mana pasangan yang akan mendirikan rumahtangga atau yang ingin mengecapi kenikmatan berumahtangga. Jangan  lepaskan peluang, dapatkan sekarang!

Tuesday, March 22, 2011

Syurga Isteri di Bawah Tapak Kaki Suami!

Banyak email yang saya terima dari wanita yang kebanyakannya pula adalah para isteri. Hampir semuanya mengadu tentang pelbagai masalah rumahtangga. Kalau sekali imbas memang pening memikirkannya. Tetapi bila kita analisa secara satu persatu, kita akan dapati sebenarnya masalahnya adalah berkisar persoalan tidak memahami peranan dalam berumahtangga dan tiada pengetahuan dan pegangan agama yang kuat. Artikel selanjutnya akan menyusul...

Monday, February 28, 2011

Artikel dan luahan sangat dialu-alukan

Pihak kami sangat mengalu-alukan anda menghantar artikel juga luahan perasaan anda kepada kami. Artikel dan luahan yang terpilih akan disiarkan dalam blog kami ini. Luahan yang anda hantar juga akan kami usahakan untuk kami cuba membantu mencari jalan penyelesaian melalui kaedah motivasi dan khidmat nasihat secara online. Untuk membolehkan artikel atau luahan anda dipaparkan dalam blog kami, sila daftar dahulu kepada kami melalui subscribe laman web kami.

Sunday, February 27, 2011

Kriteria pasangan hebat!

Pasangan yang hebat merupakan impian bagi setiap dari kita. Namun bukanlah suatu yang mudah untuk kita mencapainya kerana ia suatu yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi dan mengambil masa untuk dicapai. Keseluruhan hidup kita mesti ditumpukan untuk mencapai matlamat tersebut. Berikut adalah beberapa kriteria yang selalunya dilihat dalam menilai pasangan yang hebat :-